Kerajaan bakal menawarkan kredit RM200 kepada para belia dibawah inisiatif E-Tunai Belia Rahmah. Seperti biasa, kredit akan ditawarkan melalui dompet digital, membolehkan para belia menebusnya dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Buat masa ini, senarai dompet digital yang terpilih masih belum diumumkan.
Kerajaan menyasarkan menawarkan kredit sebanyak RM200 ini pada penghujung Jun 2023 ini, dan selari dengannya juga turut telah berkongsi senarai kelayakan untuk mereka yang boleh menebusnya. Untuk membolehkan anda menebusnya, anda hendaklah berwarganegara Malaysia, dan berumur 18-20 tahun pada 2023 ATAU berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia.
Berkongsi lanjut, kerajaan menyenaraikan pelajar institusi pendidikan berkenaan yang boleh menebusnya sekiranya tidak berumur 18-20 tahun:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
- kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
Kerajaan dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran E-Tunai Belia Rahmah ini dalam masa terdekat ini.