Walaupun pandemik kini tidak lagi dipandang serius, aplikasi telesidang masih lagi popular kerana masih terdapat banyak syarikat mengamalkan cara kerja hibrid. Kepada pengguna TV Sony Bravia, kelak TV Ini boleh digunakan untuk melakukan panggilan Zoom secara terus.
Aplikasi Zoom for TV boleh dimuat turun menerusi Play Store dan menerusi aksesori Bravia Cam panggilan video boleh dilakukan seperti pada komputer dan telefon pintar. Sony menjual Bravia Cam pada harga sekitar $200 sebuah.

Kamera boleh mengesan pengguna di hadapannya dan mengubah tetapan bagi mendapatkan imej yang terbaik. Sokongan gestur turut diberikan bagi membolehkan Zoom digunakan tanpa menggunakan alat kawalan jauh fizikal. Ciri panggilan Zoom di TV Bravia akan diberikan pada bulan hadapan untuk model televisyen terpilih pada waktu ini.