OnePlus Dilaporkan Tiada Perancangan Mengeluarkan Komputer Riba Atau Tablet Murah
Fahim Zahar
Sudah 10 tahun OnePlus berada di pasaran menawarkan pelbagai jenis produk daripada telefon pintar, tablet, pelbagai aksesori dan akan datang telefon dengan skrin boleh-lipat pula. Tablet yang ditawarkan berada dalam kategori premium dan membuatkan orang ramai tertanya selepas tablet adakah OnePlus akan hadir dengan laptop pula untuk melengkapkan ekosistem?
Trusted Reviews baru-baru ini berpeluang menemuramah Presiden OnePlus, Kinder Liu. Beliau menyatakan yang OnePlus tiada perancangan untuk mengeluarkan tablet mampu milik seperti dalam siri Nord dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun jika sambutan OnePlus Pad memberangsangkan dan pengguna mahukannya, tablet mampu milik tidak mustahil untuk dihasilkan. Syarikat BBK Electronics lain iaitu Realme sudah pun menawarkan produk lebih kurang sama iaitu Realme Pad X dan Realme Pad Mini. Jika bukan tablet, bagaimana pula dengan komputer riba?

Kinder Liu menjawab OnePlus ingin bangunkan ekosistem tersendiri seperti pesaing. Tetapi fokus mereka adalah untuk memudahkan pengguna. Jadi telefon pintar dan tablet sudah memadai. Komputer riba mungkin bukan dalam masa terdekat.
[sumber] Trusted Reviews [/sumber]