Carro Melakukan Pelaburan Strategik Pada Syarikat Sebalik Paultan.org
Aman
Carro, syarikat sebalik perkhidmatan MyTukar di Malaysia kini mengumumkan pelaburan strategik pada salah satu media dan syarikat terkemuka tempatan memfokuskan automotif, Driven Communications. Nilai pelaburan tidak dinyatakan buat masa ini.

Bagi yang tidak mengenali akan Driven Communications, ia mempunyai sejumlah jenama dibawahnya, termasuk Paultan.org, Carbase dan juga Oto. Paultan.org memfokuskan kepada berita berkaitan dunia automotif, Carbase pula memfokuskan kepada panduan pengguna dalam membeli kenderaan, dan Oto.my pula memfokuskan kepada penawaran khidmat iklaneka kereta terpakai.
Pelaburan ini dijangka tidak membawa sebarang perubahan drastik pada operasi, dimana semua lembaga pengarah tidak berubah, termasuk pekerja dibawah Driven Communications dikekalkan sepenuhnya. Paul Tan dan Harvinder Singh akan terus menerajui pengurusan Driven Communications.
Sebelum ini sendiri, Driven Communications pernah membantu Carro dalam beberapa perkara, termasuk pelancaran myTukar Autofair. Paultan.org juga tidak asing bagi majoriti peminat automotif di Malaysia, dengan lebih 6 juta kunjungan aktif setiap bulan secara organik. Pelaburan strategik ini dijangka akan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.
Selain pelaburan ini, sebelum ini juga kita menyaksikan pihak Carsome turut melakukan pelaburan dalam beberapa web memfokuskan automotif di Malaysia.