Nothing menggunakan panel lutsinar pada telefon Phone (1) dan fon telinga ear (1) tahun lalu. Tahun ini dengan pelancaran Phone (2) semakin hampir, Car Pei menghantar ciapan mendedahkan pula rekaan kabel pengecas yang akan digunakan dan ia juga lutsinar.
Bahagian kepada pengecas yang biasanya menggunakan bahan plastik legak digantikan dengan plastik lutsinar menampakkan bahagian penyambung logam USB-C. Harus diakui rekaan kabel pengecas ini memang unik dan menarik jika dibandingkan dengan kabel pengecas lain di pasaran.
Nothing Phone (2) akan dilancarkan pada 11 Julai ini dengan di disahkan akan mempunyai panel belakang lutsinar, sistem lampur Glyph dan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Adakah rekaan lutsinar ini menarik perhatian anda atau sekadar gimik jualan?