Carian
Penggodam Ancam Bocorkan Data Reddit Jika Polisi API Tidak Diubah
June 20, 2023 • Effi Saharudin

Reddit mengubah polisi penggunaan API secara percuma beberapa minggu lalu mengakibatkan beberapa aplikasi pihak ketiga terpaksa ditutup. Ribuan subreddit kemudiannya melakukan mogok sebagai bantahan kepada polisi API ini tetapi sehingga kini Reddit enggan kembali ke polisi sebelumnya. Hari ini kumpulan penggodam BlackCat mengancam membocorkan data Reddit ke internet sekiranya mereka masih berdegil.

Hacker Penggodam

BlackCat menggodam Reddit pada Februari lalu. Mereka mendakwa data 80GB yang dicuri mempunyai maklumat bagaimana Reddit menjejak dang menghalang sesetengah pengguna. Tiada maklumat peribadi pengguna dipercayai berjaya dicuri pada waktu serangan dilakukan. Selain meminta Reddit mengubah polisi API, BlackCat juga meminta wang tebusan $4.5 juta yang perlu dibayar sebelum 1 Julai.

Walaupun menerima tumpuan media, mogok yang dijayakan oleh moderator ribuan subreddit kini menghala ke arah kegagalan dengan CEO laman enggan berganjak. Semakin banyak subreddit telah kembali beroperasi selepas Reddit mengancam menggantikan mod yang membantah dengan mod baharu.

Komen