Vimeo Turut Mempunyai Ciri Suntingan Video Menggunakan Kecerdasan Buatan
Amy Maizuraa
Penghasilan kandungan yang unik agak mencabar, selain turut melibatkan banyak kerja. Bermula dengan penghasilan skrip, merakam video dan menyunting kandungan. Namun usah risau kerana kemas kini baharu pada platform Vimeo membolehkan kesemuanya dibuat dalam masa yang singkat.

Kini terdapat sokongan kecerdasan buatan (AI) serba baharu pada Vimeo yang boleh mengoptimasikan pelbagai proses suntingan video. Sokongan ini direka khas dalam membantu pengguna menghasilkan skrip dalam masa beberapa saat menggunakan AI generatif, selain turut boleh memilih nada dan panjang video dimahukan.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan sebagai teleprompter untuk memudahkan seseorang membaca skrip ketika merakam video. Pengalaman pengguna menjadi lebih baik apabila sokongan reka huruf dan rentak bacaan juga boleh diubah semasa merakam.


Dalam pada itu, ia juga boleh memadam atau menapis perkataan tertentu yang tidak diingini atau penyebab berlakunya jeda pada sesuatu video secara automati semudah memasukkan arahan dalam bentuk teks. Ciri ini akan tersedia secara rasmi bermula Julai akan datang yang boleh dinikmati oleh semua pengguna sama ada menerusi langganan atau tidak.
[sumber] Vimeo [/sumber]