Opera One Dilancarkan – Era Baharu Pelayar Web Opera
Aman
Opera hari ini memperkenalkan generasi baharu Opera Browser mereka, dinamakan sebagai Opera One. Ia tersedia untuk dimuat-turun pada Windows, macOS dan juga Linux.
Opera One hadir dengan rekaan antaramuka baharu, termasuk mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dinamakan Aria yang memudahkan anda mendapatkan informasi dan bertanyakan pelbagai perkara.

Disamping itu, Opera One turut hadir dengan ciri baharu dinamakan Tab Island, dimana ia boleh menghimpunkan tab-tab yang dibuka secara automatik mengikut konteks pelayaran. Ini juga akan membuatkan paparan pelayar web kurang semak dengan pelbagai tab terbuka sepanjang masa.
Opera turut menyatakan mereka turut membawakan penambah-baikkan pada sejumlah perkara, termasuk menjadikan ia dengan rekaan modular bagi memudahkan penyesuaian kepada seseorang pengguna dengan mudah pada masa akan datang. Binaan baharu juga menawarkan penggunaan yang lebih pantas dan lancar berbanding sebelum ini.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Opera One hari ini, dan mencuba sendiri generasi baharu pelayar web Opera ini.