EA Kini Berpecah Dua Kepada EA Sports Dan EA Entertainment
Effi Saharudin
Electronics Arts ialah penerbit pelbagai siri permainan video klasik seperti Need For Speed, FIFA, Command and Conquer, Battlefield dan Mass Effect. Tetapi syarikat gergasi ini akan menjalani proses penstrukturan semula dengan menjadi dua entiti baharu EA Sports dan EA Entertainment. EA Entertainment hanyalah EA Games yang dijenamakan semula.

Di bawah EA Sports permainan siri F1 , PGA Tour, Madden, EA Sports FC, dan NHL akan diteruskan seperti biasa. Berdasarkan namanya EA Sports akan memberikan tumpuan kepada penerbitan. permainan berasaskan sukan.
Di bawah payung EA Entertainment pula studio Respawn, DICE, Ripple Effect, Ridgeline Games , Full Circle, Motive Studio, EA Seattle, BioWare, dan EA Originals akan ditempatkan. Studio yang membangunkan permua juga akan turut diletakkan di bawah pengawasan EA Entertainment.
Dengan penstrukturan semula ini, CEO EA Andrew Wilson berkata “langkah-langkah ini akan mempercepatkan perniagaan kami, memacu pertumbuhan dan memberikan nilai jangka panjang untuk kakitangan kami, pemain kami dan komuniti kami,”.
[sumber] Electronics Arts [/sumber]