Carian
HONOR Magic5 Pro – Pilihan Ideal Untuk Peranti Penuh Gaya Dengan Pelbagai Fungsi
June 21, 2023 Amy Maizuraa

Sedar bahawa kehebatan sesebuah telefon pintar tidak hanya dipengaruhi oleh prestasi semata-mata, tetapi juga dipengaruhi oleh aspek harga malah manfaat yang diterima. Dapat dikatakan daripada berbagai hal berikut, kesemuanya merupakan elemen paling mudah dalam meningkatkan pernambahan maklumat, sekaligus menarik minat ramai pengguna untuk membeli sesuatu produk.

Akan tetapi, apakah pilihan yang ada untuk anda? Perkara ini boleh dilihat dalam beberapa situasi. Pertama tentukan apa yang anda mahu misalnya seperti sebuah telefon pintar serba boleh dan canggih. Kedua lihat bajet keseluruhan misalnya diantara RM3,000 hingga RM5,000 yang kebiasaannya merupakan julat harga untuk sebuah peranti kelas mercu. Berdasarkan kedua-dua situasi tersebut, sudah tentu antara pilihan yang boleh dikatakan menarik adalah HONOR Magic5 Pro.


Selesa Penuh Gaya

Peranti ini memanfaatkan faktor kelainannya menerusi kebijaksanaan HONOR memilih jenis konsep yang bersifat eksklusif serta sedap mata memandang. Penggunaan rekaan ringkas bersama pilihan warna yang sepadan seperti Meadow Green atau Black juga berjaya menambah kelainan pada peranti. Menariknya, HONOR turut menitikberatkan keselesaan penggunaan pada tahap maksimum dengan memastikan peranti mampu menyediakan cara baharu untuk bekerja, bersantai dan bermain.

HONOR Magic5 Pro amat sesuai bagi ke semua tujuan tersebut. Skrin melengkung 6.78″ yang besar bukan sahaja memudahkan proses membaca serta menaip, malahan turut sama memberi kepuasan sewaktu sesi permua. Pengalaman ini menjadi bertambah baik dengan adanya skrin OLED yang juga menyokong kadar segar semula dan kecerahan puncak mencapai 1,800nits. Jadi keajaiban skrin bergerak selancar mentega boleh dinikmati, pada masa sama pengguna juga akan leka dan seronok menonton filem mengikut genre masing-masing di mana sahaja berada.

Dalam pada itu, telefon ini juga mempunyai teknologi canggih 2160Hz PWM Dimming bertujuan mengurangkan kerlipan seterusnya mengekalkan warna paparan yang tepat untuk pengalaman mata lebih selesa. Hal ini turut dibantu oleh teknologi TUV Rheinland yang juga mampu melindungi mata pengguna secara maksimum dengan penapis cahaya biru. Tidak ketinggalan juga, sokongan Circadian Night Display pula dapat bantu anda tidur dengan lebih baik pada waktu malam dengan cara membuatkan skrin lebih malap.


Kamera Berkualiti Cetus Karya Kreatif

HONOR Magic5 Pro tampil dengan sistem kamera berkualiti yang serba boleh. Secara umumnya sokongan kamera serba boleh ini sebenarnya bukanlah terletak pada kebolehan sensor semata-mata. Malahan turut berkaitan dengan bagaimana ia membenarkan pengguna untuk berkarya secara kreatif. Kamera utama HONOR Magic5 Pro adalah tri-sensor 50MP untuk sudut lebar (OIS), ultra sudut lebar/makro dan periskop telefoto (OIS+EIS). Peranti ini menampakkan kelainan apabila disertakan pelbagai ciri fotografi tambahan.

Antara yang menjadi tumpuan adalah ciri Milisecond Falcon Capture turut diberi fokus yang mampu meningkatkan kelajuan autofokus dan butang pengatup bagi menangkap objek bergerak pantas dengan kabur minima. Hal tersebut pastinya memudahkan pengguna untuk mencipta pelbagai momen indah dengan hasil berkualiti.

Khususnya rakaman gambar yang melibatkan pergerakan atau kecantikan suasana yang memberi peluang kepada mereka untuk memotretnya dengan penuh berkualiti. Kalau mahu rakam gambar candid juga tiada masalah dengan AI Motion Sensing Capture kerana ia membenarkan gambar pegun diambil dengan mudah meskipun berlaku gerakan yang drastik.

Tidak cukup dengan itu, peranti juga cukup ideal digunakan oleh para pencipta kandungan kerana dilengkapi kebolehan rakaman video Magic-Log 10-bit Log 4K 60FPS dan Movie 3D LUT yang membolehkan membolehkan setiap butiran pada rakaman dikekalkan dengan baik. Sekaligus turut boleh dicorak semula dengan tona warna yang sesuai dengan kehendak pengguna sendiri.


Pilihan Ideal Peranti Berkuasa

Lebih mengagumkan,HONOR Magic5 Pro turut boleh dijadikan pilihan baik buat anda yang mahukan peranti berkuasa. Ia dijana dengan Snapdragon 8 Gen 2 yang merupakan cip pemprosesan berkuasa untuk peranti Android setakat ini. Penawaran memori juga cukup besar dengan 12GB RAM yang juga menyokong RAM secara maya sebesar 7GB terbina. Ini menjadikan jumlah RAM keseluruhan yang digunakan pada peranti boleh mencapai 19GB RAM, di samping storan dalaman besar mencapai 512GB.

Prestasi nyata cukup luar biasa lagi apabila digabungkan dengan cip C1 RF yang dibangunkan sendiri oleh HONOR. Ia dikatakan mampu bantu meningkatkan pengalaman rangkaian komunikasi dengan ketara, khususnya apabila melibatkan penggunaan di kawasan yang mempunyai masalah capaian internet khususnya bawah tanah. Bagi membuktikan lagi betapa hebatnya peranti ini, menurut kenyataan HONOR lebih 10 anugerah dalam pelbagai kategori juga telah diberikan oleh para media sewaktu acara MWC 2023 lalu.

Dalam pada itu ia juga dilengkapi fungsi hebat lain menerusi perisian terkini MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 yang juga menyokong GMS, sekaligus boleh berfungsi sepenuhnya dengan mana-mana perkhidmatan Google. Malah, pengalaman penggunaan dengan ketersambungan lebih pintar turut boleh dinikmati tanpa sebarang kompromi. Justeru kalau anda seorang yang mengutamakan peranti penuh gaya dengan pelbagai fungsi, HONOR Magic5 Pro adalah peranti yang ideal buat anda.


Ketahanan Berpanjangan

Tapi apa gunanya kalau prestasi hebat tanpa jangka hayat bateri yang lama? Anda tidak perlu risau kerana HONOR Magic5 Pro mempunyai bateri besar 5,100mAh dan sistem pengecasan yang pantas. Bermakna, tiada masalah untuk peranti digunakan sehari suntuk kemudian jika kehabisan bateri pula anda boleh mengecasnya semula dalam masa yang singkat dengan pengecas berwayar 66W. Di samping, sistem pengecasan nirwayar sepantas 50W yang lebih memudahkan namun belum digunakan secara meluas.


Rebut Hadiah Menarik!

Wah, telefon ini sangat menarik tapi bagaimana untuk mendapatkannya satu?” getus anda di dalam hati. Usah risau kerana ia sudah sedia dijual di Malaysia dengan harga RM4,299 (12GB/512GB). Tetapi seandainya mahukan pilihan peranti yang lebih murah, anda turut boleh mendapatkan HONOR Magic5 pada RM3,299 (12GB/256GB) yang juga boleh dianggap mampu menyediakan pengalaman penggunaan seakan variasi Pro. Ketersediaan adalah menerusi pengedar sah HONOR di seluruh Malaysia.

Lebih menariknya lagi apabila pelbagai ganjaran menarik turut menanti anda untuk setiap pembelian dibuat. Antara yang menjadi tumpuan adalah hadir percuma bernilai sehingga RM800 yang terdiri dengan HONOR CHOICE Portable Bluetooth Speaker, jaminan tambahan sehingga satu tahun dan perlindungan skrin retak sehingga 3 bulan.

Di samping itu, anda juga berpeluang memenangi sehingga 7000 Enrich Points yang boleh digunakan untuk menebus tiket penerbangan domestik atau negara ASEAN, atau menebus akses ke Golden Lounge di KLIA 1. Menarik bukan? Tunggu apa lagi jangan lupa dapatkan satu sekarang dan maklumat lanjut sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia. 

Penafian: Advertorial daripada HONOR Malaysia

Komen