Instagram Kini Memudahkan Pengguna Muat-Turun Video Reels Seperti Pada TikTok – Terhad Di Amerika Syarikat Buat Masa Ini
Aman
Pada TikTok, salah satu ciri yang digemari ramai adalah kemudahan untuk memuat-turun video daripadanya, seterusnya berkongsi pada mana-mana platform dengan mudah. Setelah sekian lama, kini Instagram turut mengikut cara sama, dan telah menambah ciri untuk memuat-turun video Reels.

Diperkenalkan secara terhad di Amerika Syarikat buat masa ini, kini pengguna boleh dengan mudah memuat-turun sebarang Reels yang dikongsikan secara awam, seterusnya berkongsi kepada yang lain. Instagram turut menambah tera-air bersama nama pengguna pada video yang dimuat-turun tersebut.
Dengan langkah ini juga, ia secara tidak langsung akan membawa jenama Instagram ke platform-platform lain, termasuk platform sosial dan juga permesejan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri sama akan diperluaskan ke pengguna global.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.