Carian
Google Chrome Untuk iOS Menyokong Terjemahan, Google Maps Mini Dan Google Lens
June 21, 2023 Fahim Zahar

Walaupun Safari ialah pelayar web lalai pada iOS, ramai memasang Chrome kerana ia lebih selari dengan ciri yang ditawarkan pada PC. Terbaru Google Chrome untuk iOS dikemaskini beberapa yang menjadikannya lebih menarik berbanding Safari.

Pertama apabila alamat pada sesuatu laman web ditekan dalam Chrome, peta Google Maps bersaiz kecil akan dipaparkan bagi menunjukkan lokasinya. Ini bermakna anda tidak lagi perlu pergi ke tab lain untuk memasukkan alamat ke dalam Google Maps.

Kedua apabila sesuatu tarikh ditekan dalam Chrome, akan muncul pilihan Add to Google Calendar untuk memasukkannya ke dalam kalender peribadi anda.,

Ciri ketiga ialah laman web dengan bahasa asing kini boleh diterjemah dengan mudah dan pantas. Chrome tidak akan menterjemah keseluruhan laman web sebaliknya pengguna boleh memilih ayat yang tidak difahami dan terus tekan Google Translate. Seperti Maps dan Calendar tadi tiada semuanya berlaku dari dalam pelayar web sahaja.

Akhir sekali adalah Google Lens yang akhirnya terbina terus dalam aplikasi Chrome. Selama ini pengguna iOS jika ingin imbas kod QR perlu menggunakan aplikasi kamera. Kini semua boleh dilakukan terus dari dalam Chrome. Semua ciri ini membuatkan saya ingin menggunakan Chrome lebih berbanding Safari pada peranti iOS saya. Bagaimana pula dengan anda?

Komen