Kredit RM200 E-Belia Rahmah Boleh Ditebus Bermula 26 Jun 2023 – Sokong Boost, Setel Dan TNG eWallet
Aman
Kerajaan hari ini mengumumkan para belia berumur 18 hingga 20 tahun, dan juga pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi boleh mula menebus kredit RM200 dibawah inisiatif E-Belia Tunai Rahmah bermula 26 Jun 2023 kelak.
Penebusan kredit RM200 ini boleh dilakukan melalui tiga perkhidmatan e-dompet di Malaysia, iaitu Boost, Setel dan juga Touch n Go eWallet.

Kerajaan menyatakan pendaftaran dan tuntutan boleh dibuat bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023 kelak. Syarikat penyedia e-dompet juga dijangka menawarkan sejumlah insentif tambahan kepada pengguna melalui bentuk baucar, pulangan tunai, atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh ini.
Kredit RM200 ini boleh digunakan di peruncit atau peniaga yang menerima bayaran secara kod QR DuitNow. Kredit yang diterima adalah terhad untuk dibelanjakan secara “offline” sahaja, dan perlu dibelanjakan sebelum 31 Ogos 2023.
[sumber]Kementerian Kewangan[/sumber]