Peranti Baharu Realme Narzo Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
Amy Maizuraa
Realme menerusi ciapan terkini mengumumkan bahawa siri Narzo bakal dikemas kini dengan peranti baharu dalam masa terdekat. Mereka bagaimanapun masih terus berteka-teki mengenai nama rasmi tetapi ada kebarangkalian untuk peranti dipasarkan sebagai Narzo 60.

Kemudian timbul juga persoalan mengenai sokongan perkakasan dalaman pada peranti apabila Realme sekadar mengacah tanpa sebarang butiran lain. Antara yang menjadi tumpuan utama adalah persediaan ruang pada peranti cukup besar yang dikatakan mampu menyimpan lebih 200,000 kandungan multimedia seperti gambar.

Bermakna peranti akan mempunyai ruangan simpanan besar yang mungkin turut menyokong fungsi penambahan storan menerusi kad mikroSD. Tiada perkara lain yang didedahkan namun cip MediaTek Dimensity 6020 mungkin digunakan sebagai tunjang utama peranti ini.