Discord sebelum ini pernah memperkenalkan sebuah gedung jualan permainan atas-talian melalui perisian perbualan mereka sebelum ini, tetapi ia hanyalah sebuah ciri yang diperlihatkan untuk seketika sahaja.
Platform media sosial yang mengkhususkan kepada gaming tersebut kini dilihat mahu cuba untuk membuka satu lagi gedung atas-talian pada platform mereka, tetapi kini memfokuskan kepada penjualan produk-produk digital yang dibuat oleh para pengguna platform tersebut.
Ini termasuklah benda-benda seperti imej latar belakang untuk PC, buku panduan permainan PC dan sebagainya. Fungsi jual-beli ini, yang diperkenalkan bersama-sama dengan ciri Server Store akan diuji dalam beberapa bulan yang akan datang, tetapi tidak diketahui lagi bilakah ataupun sekiranya ia akan dilaksanakan.
Selain dari itu, fungsi Server Subscriptions juga telah memperlihatkan penambahbaikan baru sejak ia diperkenalkan pada penghujung tahun lepas. Kini, pemilik laman Discord boleh menetapkan tahap langganan menggunakan templat terbina yang membolehkan mereka untuk menetapkan kelebihan tertentu bergantung kepada tahap langganan tersebut.
Didalam ujian beta Discord, saluran Media jug sedang diuji, iaitu sebuah saluran yang dilihat lebih sesuai untuk berkongsi pautan dan fail-fail media seperti video, GIF, imej dan sebagainya berbanding dengan saluran-saluran teks yang biasa.
Discord kini dilihat sedang memperlihatkan pelbagai ciri-ciri baru yang membuatkannya sebuah platform yang sedang pesat membangun sebagai alternatif sesuai kepada nama-nama lain seperti Twitter dan juga Reddit.