Carian
DPReview Meneruskan Hidup – Diambil-alih Oleh Gear Patrol Daripada Amazon
June 21, 2023 Aman

DPReview merupakan salah satu portal memfokuskan kepada kamera dan fotografi yang sangat popular di arena web. Ia pada awalnya dimiiliki oleh Amazon, dan telah diumumkan akan ditamatkan operasi selepas pihak Amazon melakukan penstrukturan semula pelbagai jenama bawah mereka.

Perkara ini membuatkan ramai berdukacita dan sedih kerana akan kehilangan laman yang dituju ramai dalam mendapatkan pelbagai info berkaitan dunia kamera.

Kini, pihak DPReview berkongsi berita gembira, mengatakan mereka kini diambil-alih oleh Gear Patrol, dan akan meneruskan operasi seperti biasa. Harga pengambil-alihan tidak dinyatakan. Semua pekerja utama juga akan dikekalkan dalam meneruskan operasi DPReview.

Dengan langkah ini, kita akan terus dapat mengikuti perkembangan dunia kamera semasa dan pelbagai ulasan menarik melalui laman DPReview, sama seperti sebelum-sebelum ini.

Komen