Ini Adalah Model-Model Kamera Digital Paling Popular Di Dunia Dan Malaysia
Effi Saharudin
Apakah kamera digital paling popular di Malaysia? Ini persoalan yang jawapannya pasti menarik peminat fotografi. Laman SimpleGhar telah menganalisa data daripada Flickr dan melaporkan kamera Canon EOS 5D Mark III ialah kamera paling popular di Malaysia. Ia juga popular di Thailand, Singapura, Vietnam, Papua New Guinea, dan Chile. Malahan kamera ini juga yang kami gunakan selama beberapa tahun sebelum berpindah ke platform Sony Alpha.

Secara keseluruhan jenama kamera paling popular di Flickr masih lagi iPhone. Hampir 151 juta gambar diambil menggunakan telefon pintar Apple. Sementara itu jenama kamera kedua paling popular ialah Canon, diikuti oleh Nikon, Sony, Samsung, Fujifilm dan Panasonic.

Jika iPhone tidak dikira pula, lima kamera digital paling popular ialah Canon EOS 5D Mark IV, Sony A7 III, Canon EOS 5D Mark III, Nikon D750, dan Canon EOS R6. Apakah pula kamera kegemaran anda?
[sumber] SimpleGhar [/sumber]