Cari @ Amanz

Akhirnya, mungkinkah kita akan melihat para bilionwan bertarung secara fizikal. Tweet yang berbentuk gurauan daripada Elon Musk kini menerima respon Mark Zuckerberg, menyatakan beliau bersedia untuk pertarungan bersangkar bersama pemilik Twitter tersebut pada bila-bila masa.

Seperti ramai sedia maklum, pihak Meta dibawah Mark Zuckerberg kini dalam persediaan memperkenalkan sebuah perkhidmatan seumpama Twitter, dinamakan Threads. Ia dijangka diperkenalkan seawal bulan ini. Memberikan respon untuk perkara tersebut, Elon Musk menyatakan beliau bersedia untuk pertarungan bersangkar bersama Mark Zuckerberg.

Lanjutan daripadanya, melalui perkongsian di Instagram, Mark Zuckerberg memberikan respon menyatakan suruh pihak Elon Musk memberikan lokasi untuk pertarungan bersangkar berkenaan – memberikan petanda Mark Zuckerberg bersedia untuk pertarungan fizikal berkenaan.

Untuk makluman, Mark Zuckerberg sendiri sebelum ini pernah meraih pingat emas dalam kejohanan jiu-jitsu, dan aktif berkongsi berkenaan perkembangan latihan melalui Instagram beliau.

Dengan respon ini, adakah Elon Musk akan meneruskan pertarungan ini, atau akan senyapkan diri selepas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd