Pico 4 adalah set kepala yang bukan boleh digunakan bagi tujuan produktiviti dan permainan video. Terbaru Pico Malaysia telah melancarkan FitXR yang merupakan sebuah aplikasi gimnasium maya yang membolehkan ia digunakan untuk bersenam.
FitXR membolehkan pengguna meninju, menari, latihan HIIT dan banyak lagi. Aplikasi ini turut boleh memantau jumlah kalori terbakar dan data-data kecergasan lain dengan tepat. Selain itu sokongan berinteraksi dengan pengguna Pico lain turut disertakan untuk memberi semangat atau berbual.
Menurut Pico, FitXR boleh menggantikan langganan gim fizikal atau juga mengelak pengguna membeli alatan senaman yang mahal. Sempena pelancaran aplikasi ini Pico Malaysia mengadakan kempen senaman realiti maya WORKOUT PICO ON. Pengguna boleh mula mendaftar sejak 19 Jun sehingga 1 Julai ini melalui emel untuk menerima langganan FitXR percuma selama sebulan.
Mereka yang menyertai akan menerima arahan melalui emel untuk pelan senaman. Markah yang dicatatkan adalah 1 Kcal = 1 mata FitXR dan 1 minit = 1 mata. Mata terbanyak akan berpeluang memenangi hadiah berikut;
- Tempat pertama – Langganan FitXR 12 bulan + baucar Lazada RM300
- Tempat kedua – Langganan FitXR 3 bulan + baucar Lazada RM200
- Tempat ketiga – Langganan FitXR 3 bulan + baucar Lazada RM100