Carian
ShopeeFood Kini Boleh Digunakan Di Melaka
June 23, 2023 Aman

ShopeeFood merupakan perkhidmatan penghantaran makanan dibawah penyedia edagang popular, Shopee. Ia telah diperkenalkan secara berperingkat mengikut lokasi, dan paling terbaru, Shopee mengumumkan pengenalan ShopeeFood di Melaka.

Dengan langkah ini, kini para pengguna yang berada di Melaka boleh melakukan tempahan makanan dan minuman terus melalui ShopeeFood dan menerima penghantaran terus ke lokasi mereka.

Untuk mengakses ShopeeFood, anda hanya perlu membuka aplikasi Shopee, dan memilih ikon ShopeeFood. Sebelum ini, ShopeeFood turut telah diperkenalkan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang dan juga Sabah.

Komen