Samsung Menawarkan Diskaun Terhad Untuk Galaxy M14 5G Eksklusif Di Lazada
Penulis Tamu
[info] Teks Asal: Fatihah Az-Zuanie [/info]
Seperti yang kita sedia maklum, Samsung merupakan jenama yang sering hadir dengan penawaran peranti yang berkualiti. Harganya pula boleh tahan berbaloi, sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan pada peranti peranti mereka. Seperti Samsung Galaxy M14 5G, peranti ini cukup sesuai untuk mereka yang sedang mencari telefon dengan harga bawah RM1200.
Bateri Berkuasa Untuk Lebih Produktiviti
Prestasi bateri merupakan salah satu aspek yang sentiasa dititikberatkan ketika memilih peranti. Oleh itu, Samsung Galaxy M14 5G ini menawarkan bateri berkapasiti 6000mAH, yang cukup besar untuk kegunaan harian. Senang cerita, anda tidak perlu lagi bergantung dan membawa powerbank kemana sahaja anda pergi, semata mata untuk mengekalkan peratus bateri anda. Dari segi pengecasan pula, ia didatangkan dengan sistem pengecasan 25W.
Selain itu, ketahanan bateri Samsung Galaxy M14 5G ini turut dibantu dengan kehadiran cip Exynos 1330. Cip Exynos 1330 ini terkenal dengan keupayaannya melancarkan pengalaman penggunaan, lebih lebih lagi ketika melakukan pelbagai kerja dalam satu masa yang sama. Pengalaman fotografi 50 MP yang ada pada Samsung Galaxy M14 5G ini juga akan dipertingkatkan dengan lebih baik dengan adanya cip yang sama, memandangkan ia mampu menyokong pemprosesan imej yang lebih tajam.
Spesifikasi Lain Yang Cukup Buat Kegunaan Harian dan Asas
Selain berkomunikasi, kita juga akan sentiasa menggunakan telefon bagi tujuan berhibur seperti bermain permua, menstrim video atau melayari media sosial. Oleh itu, Samsung Galaxy M14 5G ini hadir dengan skrin 90Hz Full HD+ dan paparan Infinity-V, yang cukup memuaskan serta sesuai dengan harga yang ditawarkan.
Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy M14 5G turut mengetengahkan rekaan yang minimalis tetapi masih kelihatan moden, dengan dua pilihan warna Dark Blue dan Blue. Anda juga tidak perlu risau dengan ruang penyimpanan gambar mahupun fail yang terhad, kerana Samsung Galaxy M14 5G ini didatangkan dengan storan 128GB dan anda boleh perluaskan lagi storan sehingga 1TB menggunakan kad Micro SD. Bagi memori pula, ia dilengkapi dengan 6GB RAM yang boleh diperluaskan lagi sehingga 12GB menggunakan ciri RAM Plus, menjadikan penggunaan peranti lebih lancar temasuk bermain permua.
Potongan 10% Untuk Anda Yang Sukakan Diskaun
Akhir kata, Samsung Galaxy M14 5G ini merupakan pilihan sesuai buat mereka yang mencari telefon mampu milik. Dengan harga bawah RM1200, siapa sangka anda boleh dapatkan fungsi dan spesifikasi yang memuaskan, sesuai untuk kegunaan harian. Jadi, untuk para ibu bapa yang masih buntu mencari ganjaran yang sesuai untuk diberikan kepada anak anak sempena keputusan SPM, Samsung Galaxy M14 adalah jawapannya.
Tidak dilupakan juga, Samsung bakal menawarkan Samsung Galaxy M14 5G dengan harga promosi RM819 pada 24 Jun ini. Lebih menarik lagi, anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 10%, sekiranya anda membeli peranti ini pada hari yang sama menjadikan harganya RM 737.10 Syaratnya adalah anda perlu melakukan pembelian menerusi kedai atas talian rasmi Samsung di Lazada, dan menebus kod promo “SAMM14S5G”. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa promosi ini adalah terhad pada 24 Jun sahaja, sementara stok masih ada.
[info] Beli: Samsung Galaxy M14 5G Dark Blue [/info]
[info] Beli: Samsung Galaxy M14 5G Light Blue [/info]