Kemaskini baharu WhatsApp bakal membolehkan pengguna menetapkan tempoh masa tertentu untuk mesej yang mahu disematkan. Maksudnya di sini, pengguna kelak mempunyai fleksibiliti untuk menyemat atau mengepin sesuatu mesej di dalam ruang sembang, sama ada individu atau berkumpulan ikut tempoh yang dikehendaki.

Ia dilihat menarik kerana bukan sahaja memudahkan pelbagai urusan untuk masa mendatang. Malahan turut menjadikan pengguna lebih peka kepada perkara-perkara yang melibatkan deadline atau perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang dikehendaki.
Sebanyak tiga pilihan tempoh masa berbeza akan disediakan iaitu sehari, seminggu atau sebulan. Namun begitu, fungsi ini dikatakan masih dalam pembangunan dan akan menerima beberapa penambahbaikan sebelum dilancarkan bagi versi penuh.