Carian
U Mobile Perkenal U Home 5G – Internet 5G Tanpa Had Pada Harga RM68 Sebulan
June 23, 2023 Aman

U Mobile kini hadir dengan penawaran jalur lebar rumah yang serba baharu, dinamakan U Home 5G. Melaluinya, ia menawarkan sebuah kad SIM dengan akses rangkaian 5G yang boleh digunakan bersama peranti 5G anda atau menggunakannya bersama penghala di rumah yang menyokong kad SIM.

U Home 5G ini hadir pada harga bulanan RM78 sebulan. Namun, untuk tempoh pengenalan, U Mobile menawarkan ia pada harga RM68 sebulan sepanjang hayat bagi yang mendaftar dalam tempoh pengenalan ini.

Melalui pakej ini, ia menawarkan akses data tanpa had, dengan kelajuan 5G minima 100Mbps, atau kelajuan purata 4G pada kelajuan 23Mbps. Ia juga hadir tanpa kontrak, membolehkan anda membatalkan pada bila-bila masa.

Pada laman FAQ, pihak U Mobile menekankan yang mana tiada sokongan P2P atau torrent dibenarkan melalui U Home 5G, disamping mungkin akan hadkan kelajuan sekiranya penggunaan melangkaui 1000GB. Pengguna akan dihadkan kelajuan kepada 512Kbps selepas itu, atau turut boleh memilih untuk membeli kuota data tambahan 1000GB pada harga RM30 (yang kuotanya akan ditamatkan pada tarikh bil baharu).

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran U Mobile baharu ini melalui laman rasmi mereka hari ini.

Komen