Carian
Video Sinematik iPhone Akhirnya Boleh Disunting Dengan Aplikasi Pihak Ketiga
June 24, 2023 Fahim Zahar

Semasa iPhone 13 dilancarkan, Apple telah memperkenalkan ciri rakaman video Cinematic Mode. Selama ini video ini hanya boleh disunting dengan aplikasi Apple Photos, iMovies atau Final Cut Pro. Terbaru pada iOS 17 dan macOS Sonoma, Apple akhirnya membenarkan pengguna menyunting video sinematik yang dirakam dengan iPhone menggunakan aplikasi suntingan pihak ketiga.

Pembangun aplikasi suntingan pihak ketiga hanya perlu mengintegrasikan Cinematic API yang diperkenalkan Apple. Tanpa API ini aplikasi pihak ketiga hanya akan mengesan video biasa tanpa kesan bokeh di latar belakang.

API ini tidak dihadkan kepada aplikasi suntingan sahaja dan turut boleh diintegrasikan pada aplikasi media sosial seperti Instagram misalnya. Perlu diingatkan yang rakaman mod sinematik masih perlu dilakukan dengan aplikasi kamera iOS kerana tidak disokong pada aplikasi kamera pihak ketiga lagi buat masa ini.

Komen