Carian
TM Akan Guna Maxis Untuk Tambah-Baik Liputan Rangkaian 4G Dan 2G
June 23, 2023 Aman


Telekom Malaysia hari ini mengumumkan telah menandatangani perjanjian bersama pihak Maxis, dimana melaluinya Maxis akan menawarkan perkhidmatan perayauan 2G dan 4G, serta perkhidmatan 4G MOCN (Multi Operator Core Network). Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengukuhkan lagi sambungan apabila menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile dibawah TM.

Dengan langkah ini, ia dijangka membolehkan liputan Unifi Mobile mencapai 95% kawasan berpenduduk untuk rangkaian 4G.

Dibawah perjanjian ini, Maxis akan menawarkan perkhidmatan selama 3 tahun kepada TM, dengan pilihan untuk melanjutkan ia atas persetujuan bersama.

Sebelum ini sendiri, kerajaan melalui SKMM telah mengalakkan kerjasama antara syarikat telekomunikasi dalam perkongsian serta perayauan domestik – sekaligus mengatasi masalah kelopongan rangkaian di pelbagai kawasan seluruh negara.

Komen