Carian
YouTube Menguji Ciri Bermain Permainan Atas-Talian Pada Platform Mereka
June 24, 2023 Aman

YouTube pada hari ini sedia menjadi pusat sehenti dalam menonton pelbagai jenis video. Malah, dalam memfokuskan kepada peminat permainan video, YouTube sedia memperkenalkan YouTube Gaming dan menghimpunkan pelbagai penstriman permainan dan esukan pada hab tersebut.

Kini, melangkah setapak lagi kehadapan, YouTube dilaporkan sedang menguji produk baharu yang akan membawa kemudahan bermain permainan atas-talian terus pada platform mereka.

Produk ini dikenali dengan nama “Playables” secara dalaman. Melaluinya, ia menawarkan beberapa permainan ringkas yang boleh dikongsikan dan dimainkan bersama rakan lain melalui YouTube versi web atau melalui aplikasi mudah-alih YouTube.

YouTube dibawah CEO baharu sedia melihat kepada beberapa kaedah lain dalam menjana pendapatan dan meningkatkan pengguna. Langkah ini mungkin serba sebanyak membolehkan YouTube melihat kepada arena serba baharu.

Selain YouTube, pihak Netflix juga sedia mengintegrasikan beberapa permainan video pada platform mereka dibawah Netflix Games.

Komen