Carian
Guna Perbankan Internet myBSN? Muat-Turun Aplikasi BSNSecure Sekarang Untuk Pengesahan Transaksi
June 25, 2023 Aman

Pihak berkuasa telah memaklumkan supaya pelbagai penyedia perkhidmatan perbankan untuk beralih daripada penggunaan SMS untuk pengesahan transaksi kepada penggunaan notifikasi melalui aplikasi. Ini dalam usaha mengurangkan penipuan, selain menjadikan simpanan lebih selamat lagi.

Selari dengannya, kini Bank Simpanan Nasional memperkenalkan aplikasi BSNSecure untuk proses mengesahkan transaksi perbankan internet myBSN.

Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna peranti iPhone, Android dan juga Huawei. Melaluinya, pengguna perlu melakukan pendaftaran bersama BSNSecure, dan perlu tunggu tempoh bertenang selama 12 jam sebelum dapat menggunakannya dalam mengesahkan transaksi. Bagi anda yang sering melakukan transaksi perbankan menggunakan myBSN, boleh memuat-turun BSNSecure ini hari ini.

Komen