Polis KL Sedang Mengkaji Penggunaan Robot
Aman
Pada hari ini, terdapat beberapa buah negara yang mengkaji penggunaan robot dalam mengawal dan mengurangkan kadar jenayah – terutamanya dalam pemantauan harian, rondaan dan sebagainya. Tidak ketinggalan adalah Polis Kuala Lumpur, dimana kini sedang dalam fasa mengkaji penggunaan robot dalam memerangi jenayah.
Masih pada fasa awal kajian, robot-robot ini dijangka akan meningkatkan kadar kehadiran dan kewujudan polis di bandar. Idea ini masih lagi pada peringkat konsep, tetapi baru-baru ini pihak Polis KL telah pun melawat sebuah kilang robot untuk proses kajian ini.
Melalui TheStar, ia dikatakan telah tiba masanya untuk pihak polis turut menggunakan teknologi, walaupun teknologi asas dalam membantu komuniti.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya oleh Polis KL dalam penggunaan robot untuk urusan pemantauan dan menjaga orang ramai.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.