Carian
eBelia Rahmah : Kredit RM200 Kini Boleh Ditebus Melalui Boost, Setel Dan Touch n Go eWallet
June 26, 2023 Aman

Bermula hari ini, para pengguna yang berusia 18 ke 20 tahun, dan juga para pelajar institusi pengajian tinggi, boleh melakukan penebusan eBelia Rahmah, sekaligus mendapatkan kredit RM200 untuk dibelanjakan di kedai-kedai yang menyokong pembayaran berasaskan DuitNow QR.

Untuk melakukan penebusan, pengguna terlebih dahulu perlu mengesahkan akaun pada dompet digital Boost, Setel atau Touch n Go eWallet. Seterusnya, boleh melakukan penebusan kredit RM200 pada dompet digital yang dipilih.

Penebusan ini boleh dilakukan sehingga 22 Ogos 2023 kelak, dan kredit yang ditebus perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2023. Setiap dompet digital juga turut menyediakan baucar tambahan khusus untuk para pengguna dalam menarik penebusan dilakukan pada dompet digital mereka.

Bagi anda, apakah dompet digital yang menjadi pilihan anda dalam menebus kredit RM200 ini?

Komen