Carian
iMac Dengan Skrin Lebih Besar Daripada 30″ Sedang Dibangunkan
June 26, 2023 Effi Saharudin

Sejak diperkenankan pada tahun 1998, iMac ialah komputer desktop utama daripada Apple dengan ia terkenal dengan pilihan pelbagai warna yang cerita. Tetapi sejak iMac Pro dihentikan penjualannya dua tahun lalu, ramai tertanya-tanya bilakah ia akan dikembalikan dengan cip Apple Silicon. Menurut laporan Bloomberg ia akan hadir dalam masa terdekat kerana pembangunan sedang dilakukan.

iMac Pro baharu ini dipercayai bukan sahaja akan dilengkapi cip Apple M3 baharu tetapi akan ditawarkan dengan skrin lebih besar daripada 30″. iMac Pro asal hadir dengan skrin 27″ sahaja manakala iMac sedia ada hanya dengan skrin 24″. Ini menjadikannya lebih selari dengan skrin Pro Display HDR yang bersaiz 32″.

Turut akan dilancarkan sekali ialah iMac 24″ juga dengan cip Apple Silicon baharu. Model sedia ada hanya menggunakan cip M1 yang sudah agak berusia.

Komen