Carian
Oppo Mengacah Pengenalan Siri Oppo Reno10 Di Malaysia Tidak Lama Lagi
June 26, 2023 Aman

Oppo Malaysia kini mengacah kehadiran siri telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu siri Oppo Reno10. Tiga model dijangka akan dibawah masuk. iaitu Oppo Reno10 5G, Oppo Reno10 Pro 5G, dan juga Oppo Reno10 Pro+ 5G.

Menariknya juga melalui perkongsian pihak Oppo Malaysia, dua model Oppo Reno10 yang bakal diperkenalkan di Malaysia adalah berbeza rekaannya dengan versi global. Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk model global ini masih tidak diketahui lagi.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai penawaran model baharu Reno ini, dan nantikan apakah kejutan disediakan Oppo Malaysia selepas melangkaui penawaran Reno9 sebelum ini.

Komen