ROG Ally Lebih Mudah Diperbaiki Berbanding Steam Deck – iFixit
Nazrin
Laman pembaikan peralatan elektronik iFixit baru sahaja mengeluarkan tentang laporan pembaikan peranti gaming ASUS ROG Ally, dan mereka mengatakan bahawa ia lebih mudah untuk dibuka dan diperbaiki berbanding dengan Steam Deck.

iFixit, melalui laman web dan juga video YouTube mereka mengatakan bahawa dari segi membuka dan memperbaiki konsol ASUS ini, menambahbaik dan menukar komponen-komponen dalaman ROG Ally adalah lebih mudah.
Diantara contoh yang diberikan ialah dari segi penukaran bateri. iFixit mengatakan bahawa bateri pada ROG Ally hanya memerlukan pengguna untuk membuka beberapa skru, tetapi untuk Steam Deck, komponen bateri digam pada rangka perkakasan tersebut. Dalam pada itu, ia juga lebih mudah untuk mengalihkan komponen lain seperti butang dan alat kawalan pada ROG Ally berbanding dengan Steam Deck.

Untuk kedua-dua konsol ini, bahagian yang paling sukar untuk dibuka dan ditukar ialah bahagian paparan kerana ia perlu digam untuk memastikan bahawa ia tidak bergerak apabila digunakan.
Akan tetapi iFixit turut mengatakan bahawa walaupun ROG Ally tampil dengan skor pembukaan dan penambahbaikan yang lebih baik, satu isu yang dihadapi oleh konsol ini ialah ketiadaan komponen rasmi ataupun parti ketiga buat masa ini. iFixit ada menjual sejumlah komponen untuk Steam Deck, tetapi buat masa ini anda hanya boleh mendapatkan alat ganti ROG Ally daripada membuka konsol-konsol yang lain.