Pada hari ini, terdapat beberapa penyedia yang menawarkan khidmat sembunyikan nombor panggilan, dan apabila dibuat panggilan kepada pihak lain, ia sekadar memaparkan nama pemanggil sebagai “Private Number” tanpa memaparkan nama atau nombor pemanggil. Pihak SKMM menekankan yang mana perkhidmatan tersebut adalah tidak dibenarkan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengingatkan yang mana aktiviti menyembunyikan nombor pemanggil adalah tidak dibenarkan, melainkan menerima permintaan daripada agensi penguatkuasaan undang-undang. Ini meliputi semua panggilan dan penghantaran SMS.
Penyediaan perkhidmatan CLIR (Calling Line Identification Restriction) atau “Private Number” ini yang ditawarkan sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada pelan telekomunikasi sedia ada adalah bercanggah dengan peruntukan akta. Justeru itu, SKMM memberikan masa sehingga selewat-lewatnya 30 Jun 2023 dalam menghentikan penawaran perkhidmatan sedemikian.