Qualcomm Memperkenalkan Cip Pemprosesan Snapdragon 4 Gen 2 Dengan Binaan 4nm
Aman
Qualcomm hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan berspesifikasi asas-pertengahan baharu, dibawah siri Snapdragon 4, iaitu Snapdragon 4 Gen 2. Ia hadir dengan rekaan berasaskan 4-nanometer dan dijangka menguasakan beberapa telefon berspesifikasi asas yang akan hadir pada tahun ini.

Cip Snapdragon 4 Gen 2 ini mengabungkan 2 teras berkelajuan 2.2Ghz bersama 6 teras berkelajuan 2Ghz. Cip ini menyokong sejumlah penawaran terbaru, termasuk storan berasaskan UFS 3.1, selain memori LPDDR5x.
Ia juga akan membolehkan peranti menawarkan sokongan sensor kamera 108-megapixel, selain dilengkapi sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4+.
Qualcomm mengatakan cip ini menawarkan kelajuan lebih 10% berbanding cip sebelum ini, selain penggunaan tenaga bateri lebih efisien.
Telefon pintar yang menggunakan cip Snapdragon 4 Gen 2 ini dijangka hadir dari Xiaomi, Redmi dan Vivo tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.