Dengan acara Unpacked akan berlangsung di Korea Selatan pada penghujung Julai ini, semakin banyak maklumat mengenai peranti-peranti yang akan dilancarkan telah tertiris. Hari ini beberapa lagi imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 tertiris pagi ini mengesahkan lagi beberapa ura-ura yang dilaporkan sebelum ini.

Kali ini imej kedua-dua peranti dalam pelbagai warna pula ditiriskan oleh @_snooptech_. Untuk Z Flip5, ia akan ditawarkan dalam warna Creamm Graphite, Mint dan Lavender. Sementara itu Z Fold5 pula dalam waran Icy Blue, Crean dan Phantom Black.

Maklumat lain yang dikongsi ialah peranti lebih nipis apabila ditutup kerana penggunaan engsel baharu yang membolehkan skrin ditutup dengan lebih rapat. Satu lagi kepastian ialah penggunaan cip Snapdagon 8 Gen 2.
- Sumber
- @_SnoopyTech_