Penggunaan bateri pada kenderaan elektrik ialah pilihan paling mudah sekarang tetapi kelemahannya mula dilihat seperti mengambil masa yang lama untuk dicas semula. Terdapat pelbagai alternatif kini dibangunkan seperti penggunaan sel tenaga hidrogen oleh Toyota. Di China, Guangzhou Automobile Group Co yang lebih dikenali dengan nama singkatannya GAC telah memperlihatkan enjin kereta pertama dunia yang menggunakan bahan api ammonia di acara GAC Tech Day 2023 semalam.

Enjin berkapasiti 2.0 liter ini dibangunkan sendiri oleh GAC dengan ia menghasilkan sehingga 160 kuasa kuda ataupun bersamaan kuasa 120 kilowatt. GAC berkata mereka berjaya menyelesaikan isu ammonia yang tidak terbakar dengan pantas dan mengeluarkan gas yang beracun. Menurut mereka lagi enjin ammonia ini mengurangkan pelepasan gas toksik sehingga 90% berbanding bahan api konvensional.
Penggunaan ammonia sebagai bahan api untuk kereta adalah masih baharu tetapi sudahpun digunakan dalam industri perkapalan. Selain itu tidak membakar dengan pantas, isu keselamatan menggunakannya secara komersial juga perlu diselesaikan kerana ia adalah gas yang beracun kepada manusia.

Isu logistik membina stesen ammonia juga perlu diselesaikan kerana ia juga isu yang menyebabkan bahan api hidrogen masih tidak praktikal berbanding penggunaan bateri pada kenderaan EV.