Oppo Tiada Perancangan Membawa Masuk Siri Find X6 Ke Pasaran Malaysia
Amy Maizuraa
Siri Oppo Find X6 telah dilancarkan secara rasmi di China pada Mac yang lalu. Sepertii sebelum ini, peranti juga masih memberi fokus terhadap sistem pengimejan mudah alih yang lebih baik.

Misalnya untuk kali ini, sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP (utama) bersaiz 1” daripada Sony IMX989 dengan OIS. Kemudian diikuti pula dengan kamera telefoto 50MP yang juga menyokong OIS dan zum hibrid mencapai 6X. Sensor ketiga pula sebesar 50MP untuk ultra lebar/makro.

Peranti juga menggunakan sistem Hasselblad dengan pelbagai ciri fotografi yang menarik. Pengalaman bertambah baik apabila cip MariSilicon X untuk pengalaman fotografi lebih baik dengan sistem autofokus yang pantas.

Namun perlu anda tahu bahawa Oppo tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa masuk mana-mana peranti Find X6 ke pasaran global, termasuk di Malaysia. Hal ini kerana Oppo mengambil pendekatan lebih tertumpu pada segmen peranti boleh lipat, bagi memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna global.

Justeru itu, Oppo telah memutuskan untuk menumpukan usaha-usaha yang positif bagi mengukuhkan lagi segmen tersebut. Sekaligus memastikan target pengguna mendapat manfaat yang sepatutnya.

Di Malaysia kita sedia mempunyai pilihan untuk Oppo Find N2 Flip yang dijual pada RM3,999. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.