Carian
SKMM : Jangan Muat-Turun Aplikasi Berbahaya “WhatsApp Pink”
June 27, 2023 Aman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengingatkan para pengguna tempatan supaya berhati-hati dan tidak memuat-turun sebarang aplikasi yang dinamakan “Pink WhatsApp” atau “WhatsApp Pink” yang menjanjikan beberapa ciri-ciri tambahan. SKMM menyatakan aplikasi tersebut dipasarkan dan dikatakan menawarkan lebih kawalan penyesuaian, privasi lebih baik, serta kebolehan menghantar fail bersaiz lebih besar. Namun, selepas pemasangan, ia akan mengakses pelbagai data dan fail pengguna pada telefon pintar, dan membawa risiko sekuriti yang serius.

Pengguna mungkin menerima jemputan dari rakan-rakan atau pihak tidak dikenali meminta memuat-turun aplikasi hasad ini. Ia diminta supaya tidak memasang sebarang aplikasi yang diterima daripada pautan yang dicurigai.

Pada masa yang sama, orang ramai diminta memasang aplikasi hanya melalui kedai aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery sahaja.

Komen