Apple Meningkatkan Harga Storan iCloud 2TB Kepada RM44.90 Sebulan Di Malaysia
June 28, 2023
Apple
Aman
Apple kini dilihat meningkatkan harga langganan storan iCloud bersaiz 2TB di Malaysia. Pelan yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM39.90 sebulan, kini ditingkatkan sebanyak RM5, menjadikan ia berharga RM44.90 sebulan.

Peningkatan ini dilakukan oleh Apple berkuat-kuasa bulan Julai. Selain Malaysia, peningkatan harga juga dilakukan pada sejumlah besar negara-negara lain seluruh dunia.
Buat masa ini, pelan iCloud untuk 50GB dan juga 200GB masih kekal sama, masing-masing RM3.90 sebulan dan RM11.90 sebulan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.