Carian
Bumi Semakin Senget Kerana Aktiviti Air Dipam Keluar Daripada Tanah
June 28, 2023 Effi Saharudin

Manusia sudah menggali perigi seawal 8500 tahun sebelum Masihi bagi mendapatkan sumber air. Ia masih lagi digunakan sebagai sumber pengairan di Amerika Syarikat misalnya untuk pertanian. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Geophysical Research Letters, bumi kini semakin senget dan paras air laut semakin meningkat disebabkan aktiviti manusia mengepam keluar air daripada bawah tanah.

Paksi putaran bumi kini menghala ke 64.16° arah timur pada kelajuan 4.36 cm setahun antara 1993–2010 disebabkan oleh kandungan air bawah tanah yang semakin berkurang. Dalam masa dua dekad sahaja, paksi bumi bergerak 70 cm daripada paksi asal.

Ia turut mengakibatkan paras air laut meningkat sebanyak 6.24 millimeter dalam tempoh yang sama. Walaupun bukan angka yang besar (lebih tinggi daripada ketebalan sebuah Huawei Mate X3), ia menyumbang kepada kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan tempat tinggal manusia di pinggiran pantai terancam.

Seperti petroleum, simpanan air bawah tanah adalah sumber yang terhad. Saintis percaya apabila digunakan ia akan mengambil masa berdekad lamanya sebelum takungan akan kembali ke tahap asal. Selain risiko bumi semakin senget dan paras air laut meningkat, pengambilan air bawah tanah akan menyebabkan berlakunya mendakan apabila ruang takungan air yang kini kosong runtuh.

Komen