Maybank kini mengumumkan mereka telah beralih sepenuhnya kepada sistem Secure2U, sekaligus menggantikan penggunaan OTP berasaskan SMS untuk pengesahan transaksi. Dengan peralihan ini, Maybank tidak lagi akan menggunakan sistem berasaskan SMS.
Secure2U diikatkan dengan satu peranti untuk setiap akaun, sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya penipuan dalam transaksi. Langkah ini juga selari dengan arahan pihak Bank Negara Malaysia sebelum ini.
Pada masa yang sama, Maybank turut mengingatkan yang mana semua pengesahan Secure2U akan dialihkan kepada aplikasi MAE berkuat-kuasa 1 Julai 2023 kelak, dan tidak lagi ditawarkan melalui aplikasi Maybank2U.