Carian
Niantic Menutup Satu Studio Dan Membuang 230 Pekerja
June 30, 2023 Effi Saharudin

Studio Niantic Inc yang membangunkan permua popular Pokemon G0, Ingress dan Harry Potter : Wizards Unite mengumumkan penutupan studio mereka di Los Angeles. Ini turut menyebabkan 230 individu kehilangan kerja.

Pembangunan permua Marvel: World of Heroes telah dihentikan sementara sementara permua NBA All-World akan ditamatkan dalam masa terdekat. Studio akan memberikan tumpuan kepada pembangunan permua menggunakan IP sendiri dan tidak lagi bergantung kepada harta intelek pihak ketiga. Niantic juga akan memberikan fokus kepada permua untuk peranti AR dan MR yang dijangka akan popular dalam masa terdekat.

Langkah drastik ini diambil kerana studio mendapati kos kini meningkat lebih pantas berbanding keuntungan yang dijana. Pernah suatu ketika Pokemon Go ialah permua yang menjana pendapatan tertinggi di dunia. Isu yang dialami oleh Niantic adalah menyamai nasib Rovio yang juga membuang pekerja selepas populariti Angry Birds semakin berkurangan.

Komen