Carian
Evolusi Siri OPPO Reno Sebagai Peranti Memfokuskan Pada Karya Potret
July 4, 2023 Amy Maizuraa

Sejak diperkenalkan di pasaran pada 2019 lalu, peranti siri OPPO Reno terkenal dengan gabungan kemasan menawan serta sarat pelbagai ciri kamera canggih dalam memenuhi gaya hidup moden. Kesemua kejayaan ini turut disumbang oleh kerjasama daripada lebih 1,000 tenaga pakar dan profesional dalam bidang fotografi. Bukan itu sahaja, perbelanjaan tahunan lebih daripada 1 billion yuan yakni kira-kira AS$156 juta yang diperuntukkan juga cukup jelas menggambarkan betapa seriusnya OPPO untuk membangunkan teknologi diperlukan. Sekaligus membolehkan ramai pengguna merakam pelbagai karya kreatif hanya menggunakan telefon pintar.


Digelar Sebagai Portrait Expert

Bagi menyerlahkan lagi konsep ini OPPO juga telah membuat banyak pengubahsuaian yang bukan sahaja memberi kepuasan, tetapi turut menyempurnakan keseluruhan peranti itu sendiri. Misalnya seperti memfokuskan terhadap fotografi jenis portrait yang sering digunakan untuk merakam pelbagai momen istimewa juga penting untuk kenang-kenangan di masa akan datang.

Malahan menurut OPPO, lebih 30% pengguna di rantau asia menggemari genre fotografi tersebut sekaligus meletakkanya sebagai senario teratas dalam kajian dalaman mereka. Khususnya dalam kalangan pengguna di Malaysia sendiri yang dikatakan mencatat nilai peratusan mencapai 28.4% lebih gemar mengambil gambar Portrait dalam merakam kebanyakan senario menarik.

Disebabkan itulah siri peranti Reno diposisikan sebagai “Portrait Expert” kerana memiliki sejumlah ciri-cirinya, selain dapat memenuhi sepenuhnya apa yang benar-benar diperlukan untuk meningkatkan kualiti sesuatu gambar. Sedar tidak sedar, sebenarnya sudah sepuluh siri yang diperkenalkan untuk peranti pintar ini. Kesemuanya juga melalui evolusi tersendiri mengikut arus pemodenan dan mari kita mengenali perkara menarik yang perlu anda tahu mengenai kemajuannya.


Kamera Sirip Jerung

Bermula dengan OPPO Reno 1 hingga Reno 3, pengguna telah menyaksikan hasil kepelbagaian bentuk inovasi yang berlaku. Perkembangan ini secara tidak langsung memberi impak dan mengubah corak penggunaan telefon pintar. Antara yang menjadi tumpuan adalah kamera hadapan menggunakan modul sirip jerung yang boleh disembunyikan. Gayanya dilihat cukup berbeza dengan pembangunan akar umbi yang dibuat kebanyakan pengeluar di pasaran. Kewujudan inovasi ini juga bertujuan untuk memastikan peranti mempunyai sudut pandangan lebih luas mencapai 79.3 darjah, serta membolehkan pengguna menikmati paparan skin luas tanpa halangan. 


Penstabilan Video Luar Biasa 

Seterusnya pengguna juga telah menyaksikan pembaharuan yang diperkenalkan pada Reno2 dan Reno3 dalam menguasai teknik-teknik dasar videografi bagi mencipta pengalaman video tanpa gegar. Pada waktu inilah ciri Ultra Steady Mode diperkenalkan dengan kemampuan meminimumkan gegaran semasa rakaman video. Hasilnya, video akan menjadi lebih jelas dan stabil meskipun dalam keadaan gegaran yang melampau. Gabungan teknologi penstabilan terkini yang terdiri dengan Gyroscope, OIS (Optical Image Stabilization), EIS (Electric Image Stabilization) serta IMU (Inetia Measurement Unit) telah digunakan di sini untuk menjayakannya.


Momen Potrait Lebih Pelbagai

Legasi kejayaan ini kemudiannya diteruskan lagi oleh siri Reno4 yang membolehkan pengguna mengambil gambar potret dengan keunikan tersendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana kamera peranti mempunyai pelbagai ciri fotografi potret yang berbeza dan sesuai buat mereka yang dahagakan idea kreatif. Night Flare Portrait antara yang menjadi tumpuan, di mana ia memberikan kesan bokeh yang menakjubkan di latar belakang seterusnya menyerlah subjek di hadapan.

Tetapi hasil yang lebih memukau adalah pada pencahayaan malap yang boleh menghasilkan efek lampu neon. Sementara itu, AI Color Portrait juga menarik dengan kemampuan yang sama, tetapi konsep yang sedikit berbeza apabila ia mengekalkan semua warna pada subjek tetapi mengaburkan latar belakang menjadi hitam dan putih. Tangkapan potret cantik berbanding biasa sudah semesti boleh dinikmati melalui kedua-dua ciri ini.


Mencipta Kandungan Kreatif

Menampilkan ciri menarik lain lagi, Reno5 menjadi lebih hebat dengan gabungan medium berbeza seperti OPPO Full Dimension Fusion (FDF) Portrait Video System. Di sini ia menyatupadukan perkakasan yang kukuh, perisian yang fleksibel dan algoritma yang pintar bagi meningkatkan kualiti video bersama kesan potret dengan ketara. Secara tidak langsung kesemua ini dapat menyumbang kepada penghasilan rakaman video yang cukup premium. Dengan ciri Dual-view dan AI highlight pula, para pencipta kandungan dikatakan tidak perlu runsing lagi dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti kerana mampu tampil dengan kelebihan tersendiri.

Bukan itu sahaja OPPO juga bijak bereksperimen dalam fotografi potret dengan menampilkan kelainan menerusi siri Reno6. Melaluinya OPPO telah memperkenalkan ciri Bokeh Flare Portrait yang mampu menambah kesan bokeh sinematik dengan hebat dalam rakaman video potret. Pengalaman bertambah menarik dengan adanya ciri AI Portrait Video pula yang mampu menjadikan rakaman video lebih berkualiti tinggi. OPPO percaya, karya seni dapat diterjemahkan sebagai minat dan emosi, maka ia menjadi tugas penting bagi mereka dalam menyediakan sesuatu yang terbaik buat pengguna.


Berkarya Lebih Luas

Kemudian dalam siri Reno7 dan Reno8 baharu pula telah membuka ruang lebih luas kepada pengguna untuk berkarya. Kita telah menyaksikan siri Reno7 memasuki era fokus baharu dengan menyediakan ciri  Portrait Mode dan Bokeh Flare Portrait Video untuk tangkapan gambar lebih menarik. Kedua-dua ciri ini membolehkan tahap kabur pada latar belakang sesuatu gambar atau video boleh dilaras, kemudiannya disesuaikan ikut citarasa masing-masing.

Sementara itu siri Reno8 pula diberi penekanan terhadap penghasilan kandungan dalam pencahayaan malap lebih jelas, terima kasih kepada cip MariSilicon X. Selain itu, Reno8 Pro juga menampilkan gabungan kamera bertaraf mercu dengan sensor Sony IMX709 untuk kamera hadapan dan IMX766 pula di kamera belakang.


Teruja Untuk Produk Yang Akan Datang?

Melihat secara umum, terdapat banyak penambahbaikan dan pengubahsuaian yang terlah dibuat pada peranti siri OPPO Reno. Fokus utama yang diberi perhatian sudah semestinya dalam pengalaman tangkapan portrait serba serbi menarik. Tetapi adakah anda teruja menunggu pengumuman produk baharu yang akan datang?

Baiklah OPPO telah mengesahkan yang mana siri Reno10 bakal ke pasaran Malaysia pada 6 Julai ini, yang mana turut boleh ditonton secara dalam talian menerusi Facebook rasmi OPPO Malaysia. Dengan siri Reno10, kelainan yang diketengah bukan sahaja dari aspek kemasan peranti itu sahaja tetapi turut mempelbagaikan konsep dan gaya dalam sistem fotografinya. Ia cerminan komitmen pengeluar itu sendiri yang dijuluki sebagai Portrait Expert menerusi siri Reno ini. Daftar di sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang peranti terbaharu siri OPPO Reno. 

Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen