Tab Kedai Dilancarkan Pada Google TV Untuk Beli Atau Sewa Kandungan
Fahim Zahar
Google TV semakin hari semakin menarik untuk digunakan. Pelbagai pengeluar televisyen dan kotak TV turut sudah mula menggunakan sistem operasi ini berbanding Android TV. Terbaru Google TV telah dikemaskini dengan penambahan tab Shop.
Dengan tab baharu ini pengguna lebih mudah untuk menyewa atau membeli kandungan terus dari Google TV. Buka tab ini untuk terus cari kandungan yang anda diingini dan kemudian terus tekan untuk mula menyewa atau membelinya.

Sebelum ini membeli atau menyewa kandungan perlu menggunakan aplikasi Google TV pada iOS atau Android. Semua kandungan yang telah dibayar akan dipaparkan pada barisan Your Library atau turut boleh diakses pada aplikasi YouTube, aplikasi Google TV atau mana-mana televisyen/kotak TV Android TV dan Google TV yang menggunakan akaun Google sama.
Ciri ini walau bagaimanapun terhad di 24 negara terpilih sahaja dan besar kemungkinan tidak akan ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat.
[sumber] Google [/sumber]