Apple hari ini mencatatkan sejarah tersendiri, apabila menjadi syarikat pertama di dunia yang mencapai nilai syarikat $3 trilion. Nilai ini berjaya dicapai apabila saham Apple meningkat nilainya dan didagangkan pada harga $192.39 ketika artikel ini ditulis.
Apple sebelum ini mencatatkan nilai $1 trilion pada tahun 2018 yang lepas, dan seterusnya menggandakan nilai kepada $2 trilion pada 2020. Kini, mereka berjaya menambah nilai kepada $3 trilion dalam tempoh tiga tahun sejak mencatatkan nilai $3 trilion.
Apple dijangka akan terus meningkatkan lagi nilai saham – sekaligus membawa kepada nilai syarikat lebih tinggi dalam tahun-tahun akan datang. Perkara ini juga selari dengan pengenalan produk dibawah kategori baharu – iaitu set realiti gabungan mereka dibawah nama Apple Vision Pro. Disamping itu, Apple juga dikatakan sedang membangunkan platform kenderaan elektrik yang akan terus meningkatkan lagi nilai saham dan nilai syarikat mereka.
Selain Apple, syarikat lain yang turut bernilai tinggi dan mempunyai nilai melangkaui $2 trilion adalah Microsoft dan juga Saudi Aramco.