Apple Menyambung Lesen Menggunakan Paten Nokia
July 1, 2023
Apple
Nokia
Effi Saharudin
Apple telah menyambung lesen untuk menggunakan teknologi yang dipatenkan oleh Nokia. Lesen yang ditandatangani sebelum ini akan luput pada penghujung 2023. Kedua-dua syarikat walau bagaimanapun tidak mendedahkan bayaran yang dikenakan serta tempoh penggunaan lesen baharu ini.

Pelesenen melibatkan paten selular dan teknologi lain yang dipegang Nokia. Pada waktu ini Nokia memegang lebih 20,000 paten dengan 5500 daripadanya berkaitan dengan teknologi 5G. Penggunaan lesen inilah yang menjadi sebab Realme, Vivo dan Oppo menarik diri daripada pasaran Jerman kerana tidak membayar lesen menggunakan teknologi 5G milik Nokia.
[sumber] Nokia [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.