WhatsApp kini hadir dengan kaedah baharu dalam memindahkan data ke peranti baharu, iaitu melalui imbasan kod QR sahaja, dan melakukan pemindahan dengan menghubungkan melalui rangkaian WiFi yang sama.
Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi proses pemindahan WhatsApp ke peranti baharu, dan tidak lagi perlu melakukan salinan pendua di awanan seperti di Google Drive atau iCloud terlebih dahulu.
Untuk melakukan pemindahan, pengguna hanya perlu ke Settings > Chats > Chat Transfer. Seterusnya sebuah kod QR akan dipaparkan, dan anda hanya perlu imbas kod QR pada telefon baharu untuk memulakan pemindahan.
WhatsApp menyatakan langkah ini lebih selamat berbanding keperluan untuk memuat-naik salinan ke awanan terlebih dahulu seperti sebelum ini. Langkah ini juga lebih mudah untuk pemindahan antara peranti iOS dan Android.
Dengan pengenalan ini, proses pemindahan data WhatsApp ke peranti baharu anda akan lebih selamat dan pantas berbanding sebelum ini.