Anthony Loke, Menteri Pengangkutan kini berkongsi menyatakan kerajaan akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik. Nombor plat untuk kenderaan berkenaan akan bermula dengan huruf EV, dan diikuti dengan angka.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan membezakan kenderaan elektrik berbanding kenderaan bukan elektrik. Pada hari ini, ia dikatakan terdapat sekitar 10,000 kenderaan elektrik di jalan raya.
Penggunaan nombor plat berbeza ini akan memudahkan orang ramai mengetahui ia adalah kenderaan elektrik, dan membantu dalam beberapa keadaan dan protokol. Sebagai contoh, sekiranya ingin memadam kebakaran melibatkan kenderaan dan sebagainya.
Nombor plat kenderaan ini dijangka bermula dengan huruf EV, dan ditawarkan dari angka 1 ke 9999 seperti nombor plat biasa, dan dijangka diteruskan dengan EVA, EVB dan seterusnya.