Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram sedia diperkatakan sedang membangunkan pesaing untuk Twitter tersendiri sebelum ini. Kini, dengan pelancarannya dijangka pada bulan Julai 2023 ini, aplikasi tersebut dilihat telah pun dalam persediaan akhir dan telah mula dimuat-naik ke kedai-kedai aplikasi utama.
Melalui penyenaraian (yang kini dpadam) untuk aplikasi Threads ini, ia secara ringkas memperlihatkan apakah yang akan dibawakan olehnya. Threads dikatakan sebagai aplikasi untuk komuniti dalam membincangkan pelbagai perkara, dan boleh mengikuti rakan-rakan seperti pada laman sosial yang lain.
Pengguna dilihat boleh log masuk ke aplikasi berkenaan menggunakan akaun Instagram, dan pada masa yang sama turut mengikuti rakan-rakan di Instagram pada peringkat awal. Seterusnya, anda boleh berkongsikan sesuatu perkongsian, termasuk dalam bentuk teks dan gambar, selain turut kongsi semula perkongsian rakan lain.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk Threads masih tidak diketahui. Namun, dengan penyenaraian awal ini, kita mungkin melihat aplikasi tersebut dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.