Carian
Kerajaan Akan Mengekang Kes Penipuan Tukar Kredit RM200 eBelia Rahmah Kepada Tunai
July 2, 2023 Aman

Kementerian Kewangan bersama-sama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital akan bertemu dan bekerjasama dalam mengekang kes penipuan melibatkan pertukaran kredit eBelia Rahmah kepada bentuk wang tunai.

Untuk makluman, sejak daripada minggu lepas, kerajaan telah memberikan kredit RM200 kepada para belia dalam membantu meringankan beban, dan pada masa yang sama menggunakan kredit berkenaan untuk dibelanjakan pada kedai-kedai fizikal, terutamanya SME.

Namun, terdapat beberapa pihak yang menawarkan khidmat untuk menukar kredit eBelia Rahmah dalam bentuk tunai – dan tidak kurang juga penipuan melibatkannya yang membuatkan para belia kehilangan sepenuhnya kredit mereka.

Para penerima kredit berkenaan dinasihatkan untuk menggunakannya dalam berbelanja, dan bukannya menukar ia kepada wang tunai kerana berlanggaran dengan terma dan syarat.

Pihak MOF dan KKD dijangka bertemu esok dalam membincangkan perkara ini.

Komen